TENTANG KAMI

TOGI D’Glutea, jenama teh hitam segera Pertama yang dicipta bertujuan untuk membantu orang ramai melawan Penyakit “Tiga Serangkai”. Tongee (KL) Sdn. Bhd. bersama Hunan Xiangcha High-Tech Limited Company telah menggunakan teknologi canggih dengan 54 tahun pengalaman dalam bidang Perubatan Cina.

Pengasas D’Glu Tea, Encik CJ Poh, yang mempelajari bidang Perubatan Cina selama lebih dari 15 tahun, telah merujuk kepada teori homologi antara ubat dan makanan, mengikut prinsip di mana ia berbeza dari seseorang kepada yang lain, dari penyakit ke penyakit, mengikut peredaran masa; secara komprehensif dan pengamalan diet perubatan, menyediakan penjagaan kesihatan kepada rakyat Malaysia melalui paket minuman di mana kandungannya berasaskan kepelbagaian di antara masyarakat.

Hari ini, Encik Poh sedar bahawa kadar obesiti Malaysia telah menduduki tempat pertama di Asia, manakala penyakit “Tiga Serangkai”, iaitu Tekanan Darah Tinggi, Paras Gula Tinggi, dan Kolestrol Tinggi sentiasa menjadi ancaman kepada kesihatan rakyat Malaysia. Hampir separuh daripada populasi kita mengalami Penyakit “Tiga Serangkai”, di mana tabiat pemakanan kita adalah “punca utama” yang menyumbang kepada penyakit tersebut. Kesihatan orang ramai ialah keutamaan Encik Poh, dan beliau telah mengambil 2 tahun untuk menemui dan mencipta preskripsi yang paling berkesan.

Sebagai seorang ahli perniagaan yang sentiasa berada di barisan hadapan, Encik Poh ingin membantu mereka yang ingin menubuhkan perniagaan sendiri, untuk mendorong usahawan baru bagi mencari kebahagiaan dalam membantu orang lain. D’Glutea bukan sahaja meningkatkan kesihatan seseorang, tetapi juga mampu memberi keuntungan kepada usahawan. Bukan sahaja mampu memperolehi pengetahuan dan kemahiran praktikal, malah mampu mencari kegembiraan dan pencapaian melalui perniagaan.